Monday 13 May 2013

TUTORIAL 5: FAKTOR YANG MENGHALANG PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR BUKAN ELEKTRONIK DI SEKOLAH-SEKOLAH

Satu kajian telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Semenyeh, Putrajaya untuk mengkaji faktor yang menghalang penggunaan bahan bantu mengajar di sekolah tersebut. Sebuah esei telah ditulis berdasarkan kajian dengan berbantukan rujukan jurnal dan kajian lepas.


Pengenalan
Dalam dekad 80-an, senario pendidikan di rantau Asia-Pasifik mula menampakkan gelombang perubahan yang menarik kerana banyak negara di rantau ini telah mengambil keputusan untuk mengkaji semula sistem pendidikan masing-masing dan melancarkan reformasi pendidikan. Selaras dengan Wawasan 2020 yang bermatlamat ke arah sebuah negara maju, para pendidik di Malaysia harus mengorak langkah untuk memasuki era baru ini bagi memastikan generasi pelajar akan datang mencapai tahap yang setara dengan negara-negara maju lain.
Terdapat berbagai-bagai idea pemikiran dan usaha yang dilakukan untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara ini. Salah satu usaha yang telah dan sedang dilakukan ialah program meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran melalui teknologi pendidikan. Sumbangan teknologi pendidikan yang merangkumi penggunaan media elektronik bagi membantu kegiatan dan keperluan pendidikan telah pun diketahui dan diperakui oleh negara-negara maju .

Pernyataan Masalah
Pendidikan di Malaysia telah mengalami perubahan. Pendekatan pedagogi guru juga diharap akan berubah. Pengajaran-pembelajaran perlu berubah selaras dengan kehendak falsafah pendidikan negara. Perubahan kandungan sukatan mata pelajaran sahaja tanpa sebarang perubahan terhadap cara pengajaran-pembelajaran mata pelajaran itu tidak akan dapat mencapai matlamat pendidikan yang diharapkan.
Berlandaskan kepada pembaharuan di dalam kurikulum ini, maka sewajarnyalah para pendidik memikirkan cara yang lebih berkesan bagi meningkatkan mutu pengajaran-pembelajaran selain daripada apa yang telah dan sedang dipraktikkan sekarang ini. Selaras dengan tuntutan keadaan ini, maka teknologi pendidikan telah diperkembangkan sehingga alat media tidak terbatas penggunaannya. Sejak tahun 1970-an lagi Kementerian Pendidikan, dengan penuh kesedarannya telah menggalakkan para pendidik memperluaskan penggunaan bahan-bahan sokongan pandang-dengar dan media elektronik.
Penggunaan teknologi pendidikan diharap berupaya merealisasikan harapan yang dinyatakan disamping menjadikan proses pengajaran-pembelajaran lebih berkesan dan berjaya. Hasrat ini adalah selaras dengan falsafah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (1987) yang menekankan bahawa penggunaan pelbagai jenis media elektronik secara terancang boleh mengukuhkan proses pengajaran-pembelajaran di sekolah-sekolah. Penggunaan pelbagai jenis media elektronik juga memberi peluang kepada setiap murid untuk menguasai ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan falsafah pendidikan kebangsaan yang bertujuan untuk mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu (Md. Yusof bin Ayob 1993).
Di Malaysia, ramai murid sekolah sudah agak biasa dengan alat-alat elektronik seperti radio, perakam kaset, televisyen, perakam video dan mesin kira. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pihak Kementerian Pendidikan telah membelanjakan sejumlah peruntukan untuk memberi kursus kepada guru-guru dalam bidang media pendidikan (Bahagian Teknologi Pendidikan 1987).
Walau bagaimanapun, di sebalik pertambahan alat dan bahan media, Jemaah Nazir dan Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan telah melaporkan bahawa penggunaan sebenar alat dan bahan media elektronik dalam bilik darjah adalah kurang dan tidak memadai (Bahagian Teknologi Pendidikan 1987). Dari kajian-kajian yang telah dijalankan ke atas penggunaannya di sekolah atau di institusi pengajian tinggi di dapati masih lagi rendah dan tidak memuaskan.

FAKTOR-FAKTOR JANGKAAN
Laporan Jemaah Nazir Sekolah (1984:24) apabila menyentuh tentang penggunaan media elektronik telah menyatakan bahawa:
"Penggunaan sumber-sumber pendidikan oleh murid-murid dan guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran adalah pada kadar yang rendah disebabkan oleh beberapa faktor termasuk kekurangan kemudahan fizikal, kekurangan koleksi sumber-sumber pendidikan, kekurangan tenaga manusia yang terlatih, kelemahan dalam pengurusan pusat sumber sekolah, sikap dan minat guru yang tidak menggalakkan serta kurang bimbingan dan penyeliaan oleh pihak sekolah."

Nyatalah dari segi amalannya, pembudayaan media elektronik belum boleh dikatakan telah berlaku secara menyeluruh. Kesungguhan pihak penggubal dasar khususnya Kementerian Pendidikan nampak dengan jelas melalui usaha-usaha yang dijalankan secara terus menerus dari semasa ke semasa, tetapi dari segi aspek penerimaan dan pelaksanaannya di peringkat sekolah masih belum memuaskan lagi. Proses pembudayaan media elektronik kelihatan masih dalam bentuk jalan sehala yang banyak liku-liku dan masih dirintangi oleh pelbagai halangan dan dugaan.
Dalam hubungan ini, strategi yang gunakan dalam pembudayaan media elektronik dalam pelajaran ini perlu dikaji semula supaya hasrat dalam usaha ini benar-benar menghasilkan buah sebagaimana yang kita idam-idamkan. Barangkali pendapat yang dikemukakan oleh Mohd Daud dan Kamaruddin (1990:6) dapat kita gunakan untuk meninjau dan mengambil iktibar:
"Semasa mengikuti kursus dan latihan, guru-guru hadir dengan penuh minat dan perasaan yang gembira. Mereka betul-betul memperolehi penjelasan yang memuaskan tentang objektif  latihan. Tetapi objektif untuk mengembangkan kemahiran, bakat, minat dan daya kreativiti serta menanamkan nilai dan sikap amat kurang diberi perhatian."
“Adalah menjadi tugas kita bersama untuk melihat masalah ini secara kolektif supaya masalah pelaksanaan pembudayaan media elektonik ini benar-benar dapat dijelmakan dalam bentuk amalan yang berkekalan dan berterusan”.
Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang menghalang guru-guru dari menggunakan media elektronik dalam pengajaran. Walau bagaimanapun bagi tujuan kajian ini, penyelidik hanya akan menumpukan kepada lima faktor yang telah dikenal pasti sebagai faktor-faktor yang menghalang penggunaan media elektronik dalam kalangan pelajar Sekolah Kebangsaan Rinching, Semenyih. Faktor-faktor ini ialah kapasiti pelajar yang besar, kekangan masa, pelajar tidak  tertarik dengan ABM yang tidak bersuara, kekurangan kreativiti, pengkaedahan ABM yang tidak bersesuaian dengan subjek.

Tujuan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menghalang penggunaan media elektronik dalam kalangan guru-guru Sekolah Kebangsaan Rinching, Semenyih. Faktor-faktor ini akan dikategorikan kepada lima faktor utama iaitu kapasiti pelajar yang besar, kekangan masa, pelajar tidak  tertarik dengan ABM yang tidak bersuara, kekurangan kreativiti, pengkaedahan ABM yang tidak bersesuaian dengan subjek.

Persoalan Kajian
Kajian ini akan melihat dari persepsi atau sudut pandangan guru Sekolah Kebangsaan Rinching, Semenyih tentang faktor-faktor yang dijangka menghalang penggunaan media elektronik dalam pengajaran. Untuk kajian ini, sebuah panel kepakaran yang terdiri daripada mereka yang mahir dan pakar di dalam bidang media elektronik telah dipilih untuk membincangkan berkenaan faktor-faktor yang menghalang penggunaan media elektronik. Panel ini telah mengenal pasti lima faktor yang dianggap sebagai penghalang penggunaan media elektronik. Kelima-lima faktor yang berkenaan ialah kapasiti pelajar yang besar, kekangan masa, pelajar tidak  tertarik dengan ABM yang tidak bersuara, kekurangan kreativiti, pengkaedahan ABM yang tidak bersesuaian dengan subjek.

Batasan Kajian
Sebenarnya terdapat banyak faktor yang merupakan penghalang kepada penggunaan media elektronik dalam pengajaran.. Walau bagaimanapun, kajian ini akan hanya menumpukan kepada lima faktor yang telah dikenal pasti oleh penyelidik dengan dibantu oleh sebuah panel kepakaran yang mahir dan pakar dalam bidang media elektronik. Panel kepakaran ini terdiri daripada pensyarah-pensyarah subjek GGGE2123, Teknologi Dan Inovasi dalam Pendidikan. Kajian ini juga dijalankan hanya ke atas guru Sekolah Kebangsaan Rinching, Semenyih sahaja memandangkan mereka merupakan guru terlatih yang telah dibekalkan kerajaan kepada masyarakat.

METODOLOGI KAJIAN
Salah satu tujuan menyediakan reka bentuk penyelidikan adalah untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan penyelidikan (Kerlinger 1973). Reka bentuk kajian ini akan membimbing penyelidik ke arah mendapatkan maklumat dan data berhubung dengan tujuan kajian dijalankan. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan bersampel (sample survey research) iaitu satu kaedah kajian bagi mendapatkan maklumat berasaskan sampel kajian yang representatif. Selain itu, kajian ini juga telah menggunakan sumber bahan daripada perpustakaan dan atas talian bagi melihat dan memudahkan atur cara kajian dijalankan.

DAPATAN KAJIAN
Ketujuh-tujuh faktor kekangan penggunaan media elektronik yang dikaji diinterpretasikan berdasarkan nilai min seperti berikut:
Nilai Min
Interpretasi tahap
1.00 hingga 2.99
Bukan faktor kekangan
3.00
Berkecuali
3.01 hingga 5.00
Faktor kekangan

Min dan sisihan piawai bagi ketujuh-tujuh faktor kekangan penggunaan media elektronik disenaraikan seperti berikut:
Faktor Kekangan
Min Keseluruhan
Sisihan Piawai
Kekangan Masa
3.40
0.7828
Kapasiti Pelajar Yang Besar
3.52
1.0891
Pelajar Tidak  Tertarik Dengan ABM Yang Tidak Bersuara,
3.38
0.8901
Kekurangan Kreativiti
3.33
0.7063
Pengkaedahan ABM Yang Tidak Bersesuaian Dengan Subjek.
3.33
0.8428

Cadangan
Dapatan Kajian menunjukkan bahawa kelima-lima faktor yang dikaji merupakan faktor yang mengekang penggunaan media elektronik dalam kalangan guru-guru praktikal mahupun guru-guru ikhtisas Sekolah Kebangsaan Rinching, Semenyih.. Dapatan ini diharap akan dapat memberi maklumat kepada pihak-pihak tertentu khususnya Bahagian Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Seterusnya dapatan ini diharap akan dapat digunakan sebagai garis panduan kepada pihak UKM untuk mengatur strategi bagi memperbaiki keadaan dan seterusnya menggalakkan guru-guru pelatih dan pelajar luar yang menjadikan kursus pendidikan sebagai pilihan bebas dengan menggunakan media elektronik. Cadangan-cadangan berikut boleh diambil kira untuk dijadikan sebagai panduan bagi mengatasi masalah tersebut:
1.     Memperbanyakkan kursus-kursus yang berkaitan dengan penggunaan media elektronik di kalangan guru-guru pelatih dan juga pensyarah.
2.     Menambahkan peralatan sedia ada di dalam makmal sekolah mahupun makmal universiti dan dewan kuliah untuk digunakan oleh pelatih sama ada semasa ‘micro teaching’ atau semasa praktikum.
3.     Memberikan latihan yang secukupnya kepada pelatih cara-cara mengendalikan peralatan media elektronik.
4.     Kandungan Sukatan Pelajaran yang berkaitan dengan Teknologi Pendidikan hendaklah menekankan kepada penggunaan media elektonik secara amali.
5.     Penggunaan salah satu media elektronik hendaklah dimasukkan dalam salah satu aspek yang akan dinilai semasa pelatih menjalani praktikum.
6.     Menyediakan seorang Pegawai Pusat Sumber (makmal) yang bekerja sepenuh masa, bukan menggunakan tenaga seorang jurumakmal secara sambilan.
7.     Memberi peluang kepada pelatih membuat lawatan ke sekolah-sekolah terpilih bagi melihat penggunaan media elektronik dalam pengajaran secara lebih dekat.

Kesimpulan
Sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat menyediakan pelajar-pelajar yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Dari masa ke semasa, kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya pendidikan. Banyak wang telah dilaburkan oleh pihak kerajaan bagi memastikan belia (pelajar) di Negara ini tidak tercicir daripada pembangunan teknologi maya yang semakin teransang kini. Guru-guru sedia ada dan pelatih yang bakal menggalas tugas membangunkan institusi pendidikan negara seharusnya peka dan mengambil sikap ingin tahu tranformasi-tranformasi pantas gajet masa kini bagi memastikan generasi kehadapan akan terus maju dan prograsif.


Bibliografi
Abd. Rahim Mohd Saad & Myint Swee Khine. 1992. Pusat Sumber Pelajaran. Pendidik dan            Pendidikan 4(1): 1-9.
Bahagian Teknologi Pendidikan. 1987. Laporan Konvensyen Teknologi Pendidikan 1987, 18        20 Jun di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Kementerian   Pendidikan Malaysia.
Blai, B. 1988. Technology in education. International Journal of Instructional Media. 155: 195      200.
Brown, J.W., Lewis, R.B. & Harcleroad, F.F. 1975. AV instruction technology, media and            methods. Mexico: Mc Graw-Hill Book Company.
Kerlinger, F.N. 1973. Foundations of behavioral research. New York: Hol, Rinehart & Winston          Inc.
Md Yusof Ayob. 1993. Penggunaan teknologi pendidikan oleh kakitangan sumber dalam            pengajaran. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Daud & Kamaruddin. 1990. Penggunaan bahan-bahan pengajaran-pembelajaran oleh     guru-guru sekolah rendah: Isu dan penyelesaian. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan            Penilaian Pelaksanaan KBSR.

Tuesday 30 April 2013

Tutorial 4: Tabung serbaguna daripada gulung benang


Tabung ini dibuat daripada gulung benang yang tidak dipakai lagi. Terdapat dua bahagian iaitu tabung dan tempat menyimpan alatan tulis seperti pen, pembaris dan lain-lain.

































Wednesday 24 April 2013

Tutorial 2: New Tech Product

1. Produk ini digunakan apabila plug digunakan untuk mengecas telepon bimbit. Alat ini dapat membantu apabila wayar 'charger' telefon kita pendek. Apabila keadaan ini berlaku, kita boleh menggunakan alat ini untuk mengecas telefon kita. Selain itu, alat ini juga memberi kemudahan lain seperti menjauhkan kanak-kanak daripada mengusik telefon kita dan sebarang bahaya dapat dielakkan kerana ia ditempatkan lebih tinggi daripada capaian kanak-kanak.



2. Alat ini dinamakan sebagai new high-tech mobile desk. Alat ini digunakan untuk memudak kerja apabila menggunakan telefon mudah alih. Alat ini sesuai digunakan untuk menbuat perbincangan dengan kumpulan yang ahlinya ramai. Penjelasa dapat diberikan dengan efektif dan menarik. Ia juga amat sesuai untuk digunakan di rumah kerana data yang diekses adalah melalui telefon mudah alih. Cara ,enggunakan adalah menyambungkan rangkaian telefon kita menggunakan kabel USB yang terdapat pada meja ini.





3. Alat ini dinamakan sebagai high-tech pen calculator. Pen calculator ini direka untuk memudahkan para penguna. Ia mempunyai 3 fungsi yang utama iaitu pen ini boleh digunakan untuk menulis, untuk megira kerana calculator telah direka pada permukaan pen ini. Selain itu, Pen ini juga boleh digunakan untuk mengukur. Pen ini bersifat serbaguna dan kita tidak perlu menbawa alatan yang banyak ketika berkerja atau belajar.



4. Alat ini dinamakan pengecas mudah alih yang digunakan untuk memanaskan minuman dan pada masa yang sama mengecas telefon kita. Ia mudah dibawa ke mana-mana kerana ringgan dan kecil. Ia juga boleh digunakan di tempat yng tiada plug . Dengan menggunakan alat ini, alatan yang perlu kita bawa akan berkurangkan dan tidak membebankan kita.



5. Alat ini disebut sebagai futuristic kitchen appliance. Dapur mudah alih terdiri daripada lima bahagiaan iaitu kerusi untuk duduk, singki membasuh, tempat untuk memotong, temat untuk memasak dan tembat untuk menghidangkan makanan. Dapur ini berbentuk sangat kreatif kerana hanya dengan alat yang tidak begitu besar bolehmenjalan rutin seharian dengan memasak. Dapur ini boleh dilipat dan mengecilkan kedudukannya. Hal ini boleh menjimatkan ruang dapur yang sedia ada.




6. Alat ini digunakan untuk mengantikan tetikus komputer yang kebanyakkanya menggunakan wayar. Alat ini  hanya perlu dipasangkan pada jari telunjuk dan 'cursor' akan berfungsi serta merta tanpa kita perlu menggerakkan tangan. Ai mudah dibawa ke mana-mana sahaja.



7. Alat ini dinamakan sebagai washup. Alat ini memudahkan kita untuk menjimat penggunaan air di dalam rumah. air yang disimbah ke dalam mangkuk tandas merupaka air yang telah digunakan untuk mencuci pakaian kita. Air itu akan disimpan dan digunakan apabila flash ditekan. Ia juga menjimatkan ruang rumah kita dan air yang dicuci pakaian menggunakan mesin pencuci tidak akan terbazir dan tandas kita akan kelihatan bersih sentiasa.






8. Alat ini dinamakan sebagai sebagai mouse muse. mouse ini ringgan dan boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Ia dapat membantu orang yang selalu bekerja dengan komputer. Mouse ini boleh digunakan dengan selesa dan dimana jua and berada.



9. Alat ini disebut sebagai Gaming Helmet yang digunakan semasa bermain game. Alat ini akan memberikan suasa ang lebih benar dan walaupun saiznya besar namun beratnya ringgan dan memudakan pengguna. sesuai digunakan di rumah.





10. Alat ini dipanggil Sync desk yang boleh digunakan sebagai meja serbaguna dan juda meja komputer. komputer dapat disembunyikan dalam meja dan boleh digunakan apabila memerlukannya. Alat ini menjimatkan ruang dan begitu canggih.